Latest Movie/Song :

Azura (1984)

Rate this posting:
{[['']]}
Azura (1984)

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.
Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan.
Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.
Filem Azura mencatatkan sejarah sebagai filem MELAYU Malaysia pertama yang mencapai pungutan Box-Office.
Penggambaran filem Azura ini telah dirakam di sekitar tanah air, seperti di Sabah, Stesen Caltex Taman Melawati, dewan orang ramai taman ibukota, taman Titiwangsa, taman tasik Jalan Timur,PJ.(SEMUANYA MASIH ADA DAN WUJUD LAGI)
Filem ini banyak menyelitkan mesej yang relevan pada masa itu (sebelum ia mula diberi perhatian umum). Isu-isu seperti bohsia, mat rempit, budaya lepak, pembelajaran di luar negeri, konflik ayah-anak dan kebebasan, stigma profesion artis rakaman, ibu tiri, sumbangan belia kepada masyarakat dan lain-lain.

PLOT:
Filem dimulakan dengan babak cabaran perlumbaan haram motorsikal di antara dua kumpulan muda-mudi. Di dalam perlumbaan yang terganggu oleh serbuan polis itu Zack telah terbabas di pusingan terakhir lalu tercedera dan pengsan.
Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.

Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang cerita perang..tetapi cerita perang tak nak ditonton sebab ia ganas.
Pelakon:
  1. Jamal Abdillah (Zack)
  2. Fauziah Ahmad Daud (Azura)
  3. Maria Arshad (Ibu Tiri Zack)
  4. A. Galak (Datuk Puteh)
  5. Rafie Hussein (Razif)
  6. Yusni Jaafar (Mak Long)
  7. M. Rajoli
  8. Syed Sobrie
  9. M. Daud
  10. Montoi Yaakob
  11. Azean Yussof
  12. Noor Liza Abdullah
  13. Rahman Aziz
  14. Ahmad Sharif
  15. Ismail Omar
  16. Gatot
  17. David
  18. Patrick Gilan
  19. Eddy Thomas
Share this article :

Post a Comment

Pages (14)1234567 Next
 

Copyright © 2013. Watch Free Movie Music Videos - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger